Agak lama x menulis kt sini,bak kata org dh bersawang terokkkkk dh beeelooogggg aku yg xseberapa ni. Itu yg bila nk menulis balik idea nk menaip xsmpi-smpi bkn apa sbb br ja abes "bertarung" di medan akhir peperiksaan semester 4 (20/1/2012 was my last paper which is Marketing Communication),alhamdulillah & insyAllah semua berjalan dgn lancar walaupun ada masalah "sampingan" yang melanda tetapi dpt diatasi. Cuma doa & tawakal sja yg mampu di lakukan skg lps exam dh selesai ni,nak2 tarikh keluar result dh tau iaitu 22/2/2012 mmg terbaikkk ar,org psiko aku,aku pn psiko org :P muahhahahahhahaha...
Setelah berfikir agak lama utk mencari info psl my comeback entry ni akhirnya jumpa jgk :) & langsung maklumat dicari sebagai bukti & rujukan bkan apa tkt dituduh plagiarisme mslh yg plg runcing dikalangan student universiti skg ni. Lagi pun entry kali ni ada kena mengena dgn diri sndiri secara tidak langsung dalam mencari penyelesaian dalam ketidaktentuan dlm hati yg gundah gulana nun jauh di suatu sudut hati kudus ku ini,bukan merungut pada ketentuan Illahi tetapi sekadar mencari penyelesaian abadi,bkn tidak merujuk dgn Dia Yg Maha Mengetahui kerna ini lah tertib nya,Solat Istikarah ( Perghhhh ayat....)
Ok,lets roll :)
1.Istikharah atau Al-Istikhaarah (الاستخارة) membawa maksud menuntut petunjuk untuk memilih sesuatu dengan kata lain memohon petunjuk dari Allah SWT. Ianya dilakukan terutama nya ketika seseorang itu berada dalam keraguan dalam melakukan pilihan. Contohnya sama ada kita mahu menerima atau menolak lalu timbul keraguan dek kelebihan & kekurangan pada pilihan-pilihan yg ada & Istikharah salah satu penyelesaian nya dengan kita menyerahkan kepada Allah yang Maha Mengetahui dalam memberi petunjuk kepada kita.
2.Hukum mengerjakan nya ialah Sunat. Penjelasan mengenai Solat Sunat Istikharah ada didalam hadith yang diriwayatkan oleh Jaabir ibn Abdullah al-Salami r.a., katanya :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُ أَصْحَابَهُ الاسْتِخَارَةَ فِي الأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُهُمْ السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ : " إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ هَذَا الأَمْرَ ثُمَّ تُسَمِّيهِ بِعَيْنِهِ خَيْرًا لِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ قَالَ أَوْ فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّهُ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْنِي عَنْهُ [ واصرفه عني ] وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ . "
"Rasulullah saw mengajar para sahabatnya melakukan Istikhaarah didalam semua perkara, sebagaimana baginda mengajar mereka surah daripada Al-Quran, Baginda berkata : 'Jika sesiapa dari kamu perihatin terhadap sesuatu keputusan dia hendak melakukannya, maka lakukan solat 2 rakaat yang bukan dari solat fardu, kemudian berkata : Ya Allah, Aku memohon sesuatu yang baik daripada engkau menurut Ilmu engkau, dan aku memohon dari Engkau limpah kelimpahan engkau yang Maha Agung. Sesungguhnya engaku sahajalah yang Maha Berkuasa dan aku tidak mempunyai apa-apa pengetahuan. Engkau yang mengetahui Perkara yang ghaib. ya Allah, jika pada pengetahuanMu perkara ini baik bagiku baik didunia dan diakhirat, teguhkanlah ia bagi ku, mudahkanlah bagiku, dan berkati ia bagi. Dan jika pada pengetahuanMu ia adalah sesuatu perkara yang buruk untukKu dan juga agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka jauhilahKu daripadanya, dan pergantikanlah kepadaku apa yang baik, dan redhakan aku dengannya'" - [Di riwayatkan oleh al-Bukhari #6841, al-Tirmudzi, Al-Nasaa'i, abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad"
Dari hadith ini, Solat istikharah dilakukan 2 rakaat keaatasnya, dan diikuti dengan do'a.
3. Tetapi harus di ingat Solat Sunat Istikharah bkan lah semata-mata mencari petunjuk dlm segi jodoh semata-mata, seperti yg di nyatakan diatas jelas menunjukkan kita disunatkkan melakukan solat sunat ini jika terdapat keraguan & terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
4.BUT PLEASE KEEP THIS IN YOUR MIND, keraguan itu mainan syaitan was-was itu hasutan iblis.Makhluk yg tidak akan berhenti walau sesaat dlm menyesatkan anak cucu Nabi Adam AS hingga ke hari Kiamat kelak. Hatta ia nya menjadi trend atau budaya anak-anak muda sekarang iaitu mengerjakan solat istikharah dalam definasi "memaksa" Allah membuat keputusan utk mereka,lalu meluru mengikut membabi buta "petanda2" yg bermain di fikiran selepas nya walhal kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu? (SAIFULISLAM.COM,06/05/2010)
5. Faedah mengerjakan solat Istikharah menunjukkan keredhaan & ketundukkan kita pada Illahi yg mana menunjukkan kita tiada kekuasaan & kekuatan. Ini menunjukkan menghadapkan diri kepada Allah dan memohon kebaikan didunia dan diakhirat,malah Allah SWT sgt murka kepada hamba-Nya yg suka meminta-minta selain dari-Nya. Bagaimana cara nya ialah dgn "mengetuk" pintu Pencipta yg Maha Berkuasa,Allah SWT & tiada yang lebih bermanfaat selain melakukan Solat & berdoa dgn harapan keputusan yang diambil kelak merupakan jalan terbaik utk permasalahan yg dihadapi & tdk melanggar perintah Allah SWT.
6. Cara melakukan Istikharah
a. Bagi Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie, adalah mustahab setelah membaca Al-Fatihah membaca sura Al-Kaafiruun didalam rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas didalam rakaat kedua.
b. Bagi Hanbali dan Fuqaha' lain tidak menyebut pula surah apa yang perlu dibaca selepas Al-Fatihah
Mengenai bila waktu untuk membaca do'a diatas? Ibnu Taimiyyah didalam Fatawa Al-Kubra (2/265) mengatakan :
يَجُوزُ الدُّعَاءُ فِي صَلاةِ الاسْتِخَارَةِ , وَغَيْرِهَا : قَبْلَ السَّلامِ , وَبَعْدَهُ , وَالدُّعَاءُ قَبْلَ السَّلامِ أَفْضَلُ ; فَإِنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَكْثَرُ دُعَائِهِ قَبْلَ السَّلامِ , وَالْمُصَلِّي قَبْلَ السَّلامِ لَمْ يَنْصَرِفْ , فَهَذَا أَحْسَنُ , وَاَللَّهُ تَعَالَى أَعْلَمُ ..
"Boleh berdo'a didalam solat Istikhaarah dan lainya : sebelum salam, atau selepasnya, dan berdo'a sebelum salam adalah lebih afdal; kerana sesungguhnya Nabi saw memperbanyakkan membaca do'a sebelum salam, dan berdo'a sebelum salam masih didalam keadaan bersolat, maka ini adalah lebih baik. Wallahu'alam."( Http://Soalsolatumum.Blogspot.Com/,Friday, January 2, 2009)
dan
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
7. Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
(http://nursyirah.wordpress.com/,Januari 10, 2009)
Sebagai kesimpulan,memetik kata-kata Shiekh Muhammad bin Jamil Ziinuu dari buku beliau Syarh Arkan Al-Islam wa Al-Iman (ms 111), katanya :-
وهذه الصلاة والدعاء يفعلهما الإنسان لنفسه كما يشرب الدواء بنفسه موقنا أن ربه الذي استخاره سيوجهه للخير، وعلامة الخير تيسر أسبابه، واحذر الاستخارة المبتدعه التي تعتمد على المنامات وحساب اسم الزوجين وغيرهما مما لا أصل له في الدين.
"Solat dan do'a ini yang kedua-dua dilakukan oleh seseorang untuk dirinya sebagaimana dia minum ubat untuk dirinya, pasti akan Tuhannya dan memohon dari Tuhan akan panduannya yang akan mengarahkannya kearah kebaikkan, dan alamat baik [ditunjukkan] akan memudahkan penyebabnya, dan awaslah dari Istikhaarah yang bid'ah yang bergantung kepada Tidur dan menghisab nama suami atau yang lain dari keduanya, Tidak ada asalnya didalam agama"
( http://soalsolatumum.blogspot.com/,Friday, January 2, 2009, Bagaimana Kaifiat Solat Istikharah)
Wallahualam...
Dalam kita mencari sebuah jawaban bagi suatu permasalahan yg dihadapi lalu terlintas difikiran melakukan Solat Istikharah dgn harapan memberi satu kepastiaan dlm keraguan namun kita terlupa yg kita salah seorg yg terbabit dlm beribadah tanpa ilmu lalu ianya dijadikan benak jahat syaitan & iblis dalam menyesatkan anak cucu Nabi Adam AS melalui keraguan & was-was yg timbul dlm manusia yg konon nya mencari petunjuk Allah SWT tetapi dipermainkan oleh si durjana syaitan & iblis dek kerna ilmu yg kurang didada.
sebelum mengakhiri entry kali ini ada sedikit kata yg nak di perkatakan,
"Aku menulis suka-suka,dalam suka ada fakta bukan auta yg disampaikan tetapi sedikit ilmu anugerah Pencipta sebagai pedoman & rujukan diri sendiri & dgn harapan utk saudara-saudara ku sekalian,bukan menunjuk-nunjuk yg aku baik tetapi sebagai peringatan bersama kerna manusia tidak pernah lari dari LUPA & ALPA kerna itu definasi manusia,bertuah sungguh menjadi umat Pemimpin Agung dunia,Nabi Muhammad SAW kerna Baginda sgt sayangkan umat nya sehingga disaat-saat kematian baginda masih mengingati umat nya :,( walau tidak berpeluang melihat wajah suci kekasih Allah ini tetapi ditinggalkan 2Mukjizat besar Rasulullah SWT iaitu Al-Quran & Hadis sebagai panduan & rujukan umat-umat Rasulullah & entry ini sedikit ilmu dlm jutaan panduan & ilmu di dlm Al-Quran & Hadis, Wallahualam"
Wassalam...
Rujukan :
- www.saifulislam.com,06/05/2010, Fitnah Petunjuk Istikharah.
- www.soalsolatumum.blogspot.com/, Friday, January 2, 2009, Bagaimana Kaifiat Solat Istikharah
- nursyirah.wordpress.com/,Januari 10, 2009, Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa.